Tuesday, December 31, 2019

Tips Untuk Mahir Alquran


Berdasarkan apa yang disampaikan kepada kita didalam kitab hadith riwayat bukhari, Orang Islam yang paling mulia dan tinggi darjatnya di sisi Allah Taala ialah mereka yang mempelajari al-Qur’an dengan sebaik-baiknya kemudian mereka mengajar pula kepada orang lain.


Terdorong oleh hadith ini kami di ngaji corner berusaha untuk menepati hadith ini dengan berusaha kearahnya dan kami berhasrat untuk melahirkan lebih ramai graduan daripada ngaji corner yang dapat menjadi aset bagi kami menyebarkan ilmu alquran seperti yang dituntut dalam hadith ini.






Jom sertai kami dengan beberapa program khas dalam usaha kami untuk menjadikan masyarakat islam melayu kita sekarang adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik dengan belajar dan mengajarkan alquran .



Program yang telah kami aturkan adalah seperti berikut :


KANAK-KANAK

1.Kelas Asas Alquran.
2.Kelas Asas Tajwid.
3.Kelas Asas Bacaan Alquran (Talaqqi Alquran).
4.Kelas tahfiz Alquran.
5.Kem Hujung Minggu (Fardhu Ain, Alquran, Sahsiah).
6.Kelas Bahasa Arab.

DEWASA

1.Kelas Asas Bacaan Alquran.
2.Kelas Asas Tajwid Alquran.
3.Kelas Asas Bacaan Alquran (Talaqqi Alquran)
4.Kelas Tahfiz Alquran.
5.Kelas Tafsir Alquran.
6.Kelas Bahasa Arab.


Sebelum kita melanjutkan penerangan tentang setiap program yang kami adakan, adalah lebih baik jika kita mengenali mod pengajian yang digunakan.

1. Mod Pengajian Personal - Pengajian Alquran dengan menggunakan konsep 1 mentor dan 1  protege. Protege akan dapat menambah baik skill dan kemahiran yang ada dengan bantuan mentor dengan berbagai kaedah dan modul yang didapati sesuai dan dapat memberi kesan kepada protege dalam usaha menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

2. Mod Pengajian berkumpulan - Pengajian Alquran Berkumpulan dengan maksima 15 protege untuk 1 metor dengan method dan modul pengajian yang sistematik dan berkesan. 

Setiap program yang disusun akan menggunakan dua mod diatas bagi memberi keselesaan kepada mentor dan protege.


Program-Program yang akan berlangsung .......


1. Kelas Asas AlQuran 

Bagi mereka yang belum pandai membaca alquran tetapi ada keinginan untuk mula membaca alquran tetapi tidak tahu bagaimana untuk mula membaca boleh mula menghadiri kelas ini kerana :

Para protege akan dikenalkan dengan asas untuk mula membaca seperti mengenali huruf, makhraj huruf, dan tips-tips untuk mengenali dan kaedah menyebut huruf hijaiyyah, kemudian protege akan didedahkan pula dengan beberapa keadaan yang mengelirukan didalam alquran bagi memudahkan pengajian.

Kelas ini hanya akan berlangsung selama 2 bulan.

Apalah guna jika teori habis dijelajah tetapi tiada latihan seperti lesen kenderaan berat GDL sudah ada tetapi hanya bawa lori pada waktu ambil lesen sahaja .Jadi kita akan menggunakan beberapa kaedah yang menyeronokkan bagi memastikan apa yang dipelajari terus diingati dan boleh dipraktikkan.

Untuk kelas ini tersedia dalam dua mod iaitu ;
1.MOD PENGAJIAN PERSONAL
2.MOD PENGAJIAN BERKUMPULAN

Kedua-dua mod untuk kelas ini terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa.

jika anda berminat untuk menghadiri kelas ini boleh tekan link dibawah ini untuk mendapatkan jadual terkini pengajian ;
https://kelasasaalquran.wasap.my

2. Kelas Asas Tajwid 

Setelah mengenali dan mengetahui setiap huruf dan cara menyebut dengan betul dan mengingatinya. Para protege akan dibawa ke peringkat kedua iaitu mempelajari hukum-hukum Tajwid yang ada di dalam alquran beserta latihan dan amali secara berterusan.

Dalam masa dua bulan sahaja anda akan menghabiskan silibus pengajian.

Kelas ini akan berlangsung dengan dua mod pengajian :
1.MOD PENGAJIAN PERSONAL.
2.MOD PENGAJIAN BERKUMPULAN.

Jika anda perlu menyertai kelas ini dan mahukan jadual terkini kelas boleh tekan link dibawah ini :
https://kelasasastajweed.wasap.my

3. Kelas Asas Talaqqi Alquran.

Setelah mempelajari dan mempraktikkan dua asas utama bersama kami, anda akan mengikuti kelas ketiga dengan fokus untuk anda khatam bacaan alquran dalam waktu yang ditetapkan dengan pantauan dan bimbingan guru.

Untuk Kelas ini juga terdapat dua mod Pengajian.
1.MOD PENGAJIAN PERSONAL
2.MOD PENGAJIAN BERKUMPULAN

Dan Kelas ini akan dihadirkan dengan dua method iaitu
1.TALAQQI AM - Seorang mentor akan mengendali dan membimbing maksimum 15 orang protege dalam satu masa bagi memastikan setiap protege dapat menamatkan bacaan alquran mengikut waktu yang ditetapkan.
2.TALAQQI KHAS- Seorang mentor akan mengendali dan membimbing seorang protege dengan fokus dan matlamat khas bagi protege tersebut menamatkan bacaan alquran mengikut waktu yang ditetapkan dan dapat membimbing masyarakat lain yang tidak berkesempatan untuk mempelajari ilmu alquran.

Jika sudah ada asas dan ingin meneruskan keperingkat talaqqi alquran sehingga khatam boleh tekan link dibawah :
https://Kelasasastalaqqi.wasap.my

4. Kelas Tahfiz Alquran.

Kelas ini pula adalah program khas yang diadakan disini bagi melahirkan ramai huffaz yang menghafal AlQuran dan pendedahan bagaimana kaedah dan teknik untuk menghafal alquran.

Kelas ini dirangka khas bagi protege yang mempunyai komitmen lain di siang hari seperti sekolah dan bekerja.

oleh itu, kami mengambil waktu pada waktu malam bagi mengadakan kelas ini dengan bimbingan dan pemantauan huffaz alquran.

Program khas ini tidak menetapkan protege mestilah seorang yang mahir membac alquran kerana kemahiran membaca alQuran akan hadir setelah mengikuti program ini.

Bagi menghabiskan hafazan alquran 30 juzuk para mentor akan membantu protege menghafal alquran dengan kaedah yang yang bersesuaian untuk protege dan akan memantau protege tersebut untuk menamatkan hafazan alquran dalam tempoh 3 tahun.

bagi kelas ini hanya tersedia dalam MOD PENGAJIAN BERKUMPULAN dengan maksimum protege bagi setiap kelas adalah seramai 10 orang.

kelas ini pula akan diadakan mengikut 2 peringkat umur :
1. 18 Tahun kebawah.
2. 18 Tahun keatas.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelas tahfiz ini boleh tekan link dibawah :
https://kelastahfiz.wasap.my

5. Program Hujung Minggu 


Program ini hanya dijalankan pada setiap hari jumaat dan sabtu sahaja dan dibuka kepada kanak-kanak :
1.Pra sekolah
2.tadika
3.Sekolah rendah

program ini menitik beratkan pengajian alquran dan akhlak peserta. 

Program akan bermula daripada jam 6.45pm sehingga jam 9.30pm

Berikut Perjalanan Program :
6.45pm  - persediaan dan solat maghrib 
7.15pm  - Pengajian AlQuran
8.30pm  - Pemantapan akhlak
9.15pm  - Solat Isya'
9.30pm  - Bersurai

Jika anda berminta dengan program seperti ini boleh lah mendaftar di link dibawah ini :

6.Kelas Tafsir Alquran Bersanad


Kelas ini pula dirangka hanya bagi pelajar dewasa.

Setelah pemantapan bacaan alquran adalah lebih baik dan manis jika kita sebagai manusia yang bersyukur diatasa nikmat alquran mentadabbur alquran sebagai mana yang para sahabt dahulu mentadabbur alquran.

Jika berminat untu menyertai pengaian tafsir bersanad boleh tekan link dibawah ini :

Tips Untuk Mahir Alquran Berdasarkan apa yang disampaikan kepada kita didalam kitab hadith riwayat bukhari,  Orang Islam yang ...